Cuti-cutiMalaysiaSabah.com

Cuti-Cuti Malaysia – Pakej Gunung Kinabalu, Syiok Kota Kinabalu, Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pakej Bulan Madu, Sewa Van

Mengapakah Perjalanan Melalui Laluan Timpohon ke Gunung Kinabalu Begitu Menarik?

Para pelawat yang mendaki Gunung Kinabalu buat pertama kalinya akan pasti menggunakan lalual Timpohon. Jadi, ia adalah satu laluan yang sudah biasa diterokai oleh ramai orang . Anda pasti akan bertanya adakah perjalanan melalui laluan Timpohon untuk sampai ke puncak Gunung Kinabalu begitu menarik?

Gunung Kinabalu- Laluan Timpohon

Gunung Kinabalu- Laluan Timpohon

Para pendaki yang mahu sampai ke puncak Gunung Kinabalu buat pertama kali selalu akan menggunakan laluan Timpohon. Jika anda menggunakan laluan ini, anda akan berjalan sejauh 8.5 kilometer sebelum sampai ke puncak Gunung Kinabalu. Laluan ini kira-kira 2 kilometer lebih pendek daripada laluan Mesilau. Jika anda baru belajar untuk mendaki gunung, laluan adalah laluan yang paling sesuai untuk anda gunakan. Ini adalah kerana laluan ini ada terdapat jalan-jalan yang dibina untuk membantu anda melalui tanah yang berbatu-bata dan curam dengan mudah.

Ramai orang yang mendaki Gunung Kinabalu selalu berkata bahawa pemandangan di laluan Mesilau adalah jauh lebih menarik daripada laluan Timpohon. Tetapi ini semua adalah cuma pendapat peribadi mereka. Laluan Timpohon mempunyai keindahan tersendiri untuk anda terokai ketika anda di dalam perjalanan ke puncak Gunung Kinabalu sekiranya anda peka dengan keadaan sekeliling anda

Selang 5 minit anda memulakan perjalanan anda dari Timpohon Gate, anda akan sampai ke Air Terjun Carson. Anda boleh berhenti seketika untuk menikmati pemandangan air terjun ini. Tempat yang bagus untuk mengambil gambarkan?

Anda boleh melihat pelbagai jenis orkid indah dan bunga periuk kera di sepanjang perjalanan anda. Apabila anda sampai ke Pondok Ubah anda akan dapat melihat bunga  periuk kera Nepenthes. Ia merupakan salah satu tumbuhan periuk kera yang paling luar biasa anda boleh lihat di kepulauan Borneo ini. Rupa bentuk tumbuhan ini yang unik pasti akan menarik perhatian anda.

Pendakian Gunung Kinabalu

Pendakian Gunung Kinabalu

Apabila anda berjalan dengan lebih jauh lagi di sepanjang laluan Timpohon ke puncak Gunung Kinabalu, anda akan melihat dengan lebih banyak lagi jenis-jenis tumbuhan yang tumbuh di cuaca kawasan pergunungan yang sejuk ini. Anda akan melihat perbezaan jenis tumbuhan apabila anda sampai di Pondok Lowii. Di sini anda dapat melihat pokok buluh dan  paku-pakis tumbuh merata-rata di sekeliling jalan. Ia memang satu pemandangan yang begitu menakjubkan.

Apabila anda tiba di perhentian yang seterusnya iaitu Pondok Mempening, anda boleh melihat tupai-tupai berkeliaran di sekitar kawasan ini. Agak sukar untuk mengambil gambar mereka kerana tupai-tupai tersebut selalu berlari dengan pantas! Anda juga mungkin dapat melihat kelibat binatang seperti cencurut pokok dan burung yang seolah-olah tidak takut akan kehadiran para pengunjung. Sebaiknya anda berhenti seketika di sini untuk berehat sambil memerhatikan gelagat binatang-binatang tersebut

Apabila anda semakin mendekati puncak Gunung Kinabalu, anda akan melalui Pondok Layang-Layang dan seterusnya ke Pondok  Villosa. Di sini anda akan melihat bahawa pokok-pokok yang agak pendek dan terbantut. Batang-batang mereka berada di dalam keadaan berpintal-pintal dan bengkang-bengkok. Kelihatan seperti pokok bonsaikan? Dari tempat ini, anda boleh melihat  pemandangan puncak Gunung Kinabalu dengan jelas. Ia memang menakjubkan.

Janganlah anda  pula lupa  untuk menerokai Gua Paka apabila anda sampai ke Pondok Paka. Gua yang indah ini merupakan tempat utnuk para pendaki pada zaman dahulu berehat seketika semasa di dalam perjalanan  ke puncak Gunung. Kinabalu.

Anda akan sampai ke rumah rehat Laban Rata selepas melalui Pondok Paka. Di Laban Rata anda boleh berehat dan tidur semalaman sebelum anda memulakan perjalanan terakhir anda ke puncak Gunung Kinabalu pada keesokan hari. Pada saat ini anda pasti boleh mengatakan bahawa anda telah melihat banyak pemandangan yang begitu indah di sepanjang laluan Timpohon. Ia memang tidak kurang mengagumkan daripada laluan Mesilau.

Memang tiada persoalan lagi bahawa perjalanan di laluan Timpohon adalah begitu menarik sekali. Walaupun laluan ini sering digunakan oleh para pendaki, ia tetap mempunyai daya tarikan tersendiri  yang sudah dialami oleh mereka yang berkunjung ke Gunung Kinabalu. Oleh itu janganlah was-was lagi untuk pergi ke laluan Timpohon yang indah ini!

Category: Mount Kinabalu

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


six × 9 =