Cuti-cutiMalaysiaSabah.com

Cuti-Cuti Malaysia – Pakej Gunung Kinabalu, Syiok Kota Kinabalu, Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pakej Bulan Madu, Sewa Van

Mengapa anda mesti melawat Taman Negara Mulu sekiranya anda di Sarawak

Taman Negara Gunung Mulu yang lebih dikenali sebagai Taman Negara Mulu, adalah taman yang terbesar sekali di Sarawak. Ia meliputi kawasan kira-kira 529 kilometer persegi. Terdapat banyak sungai yang indah dan hutan hujan yang begitu subur dan menghijau di dalam kawasan taman ini. Taman Negara Mulu memang terkenal di seluruh dunia dengan gua-gua yang begitu besar. Anda boleh melihat ruang bawah tanah terbesar di dunia yang dikenali sebagai Sarawak Chamber jika anda masuk ke dalam Gua Nasib Bagus di Taman Negara Mulu. Sekiranya anda berkunjung ke Sarawak, anda memang semestinya pergi Taman Negara Mulu. Terdapat beberapa sebab mengapa anda patut melawat Taman Negara Mulu yang indah ini.

Taman Negara Mulu,Sarawak

 

Anda akan dapat melihat kawasan pergunungan yang indah di sekeliling Taman Negara Mulu iaitu Gunung Mulu, Gunung Api dan Gunung Benarat. Anda pasti kagum dengan kawasan pergunungan yang begitu menarik ini. Gunung Mulu, di mana Taman Negara Mulu dinamakan sempena gunung ini, adalah gunung yang kedua tertinggi di Sarawak. Jika anda berjalan menuju ke Gunung Mulu melalui laluan dari Taman Negara Mulu, anda akan dapat melihat pelbagai tumbuhan dan hidupan liar yang menarik sepanjang perjalanan anda ke puncak gunung yang dibentuk dari batu pasir ini.

Dark Caves in Gunung Mulu National Park,Sarawak

Dark Caves in Gunung Mulu National Park,Sarawak

Anda boleh melakukan banyak aktiviti menarik di Taman Negara Mulu Park. Anda pasti akan terpesona dengan kepelbagaian jenis tumbuhan dan hidupan liar yang bertaburan di sekitar kawasan Taman Negara Mulu sedia menanti kunjungan anda. Anda boleh mengikuti perjalanan melalui Laluan Kanopi Mulu begitu mempesonakan untuk melihat tumbuhan dan hidupan liar tersebut. Laluan sepanjang 480 meter ini merupakan laluan pokok yang terpanjang di dunia. Anda akan melihat pelbagai tumbuhan menarik seperti tumbuhan menjalar, orkid dan paku-pakis yang meliputi tumbuhan di sini. Anda pasti akan seronok melihat gelagat tupai dan cicak yang berkeliaran di sekeliling pokok-pokok di sini. Anda boleh juga menaiki menara setinggi 30 meter yang terletak betul-betul di puncak pokok dan melihat pelbagai jenis burung seperti burung kenyalang berterbangan melalui dahan-dahan pokok.

Canopy Mulu,Sarawak

Canopy Mulu,Sarawak

Jika anda adalah jenis orang yang suka berjalan bersendirian, anda boleh memulakan perjalanan sendiri ke arah Air Terjun di Taman Negara Mulu. Anda boleh berjalan secara santai mengikut rentak anda sendiri ke arah air terjun yang indah ini. Apabila anda  turun dari titik permulaan anda di Gua Rusa menuju ke arah kawasan permukaan hutan anda kemudiannya akan menyeberangi kawasan anak sungai ke arah air terjun ini. Pemandangan air terjun ini memang akan membuatkan anda berfikir bahawa perjalanan yang anda tempuhi memang begitu berbaloi sekali. Tempat ini merupakan tempat yang paling sesuai untuk anda menikmati saat-saat yang begitu aman dan damai.

Taman Negara Mulu paling terkenal sekali dengan gua-gua batu kapur yang begitu besar. Kebanyakan pelawat datang ke Taman Negara Mulu untuk meneroka gua-gua yang besar tersebut. Anda berpeluang untuk melihat gua yang terbesar dan juga terindah di dunia di Taman Negara Mulu. Anda boleh melihat ruang bawah tanah semulajadi yang terbesar di dunia iaitu Sarawak Chambers di sini. Anda pasti terpegun apabila melihat saiz ruang ini yang begitu besar. Kawasan ruang ini  cukup besar untuk memuatkan 10 buah pesawat jet jumbo. Anda juga boleh mengunjungi laluan gua terpanjang di dunia iaitu Gua Rusa di sini. Terdapat kira-kira 5 juta ekor kelawar mendiami gua ini. Pada waktu senja anda boleh melihat kelawar-kelawar tersebut berterbangan keluar  untuk memburu makanan. Oleh kerana Taman Negara Mulu mempunyai banyak kelawar boleh dikatakan bahawa tempat ini memang bebas dari gangguan nyamuk yang begitu merimaskan!

Kelawar-kelawar di Gua Mulu

Kelawar-kelawar di Gua Mulu

Taman Negara Mulu yang penuh dengan kepelbagaian tumbuhan dan hidupan liar, kawasan persekitaran gunung yang indah serta gua-gua yang terkenal di seluruh dunia memang pasti satu destinasi yang anda harus jejaki sekiranya anda berada di Sarawak. Kunjungan anda ke Tapak Warisan Dunia UNESCO ini akan pasti menjadi satu pengalaman yang tidak dapat anda lupakan sepanjang hayat anda. Marilah kita pergi mengalami keajaiban Taman Negara Mulu sekarang juga.