Cuti-cutiMalaysiaSabah.com

Cuti-Cuti Malaysia – Pakej Gunung Kinabalu, Syiok Kota Kinabalu, Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pakej Bulan Madu, Sewa Van

Pakej Gunung Kinabalu 2 Hari 1 Malam

Hari 1: KOTA KINABALU / KINABALU PARK HQ / TIMPOHON GATE / MENDAKI GUNUNG  KINABALU / LABAN RATA

06:00: Kami  menjemput anda dari hotel dan pergi ke Kinabalu Park Headquarters yang memakan masa 2 jam di mana anda akan diberi bekalan makan tengah hari yang sedia dibungkus.

Kinabalu Park Hostel

 09:00: pemandu gunung berlesen kami akan menguruskan segala pendaftaran anda, memberikan anda panduan gunung dan juga memberikan anda tag pengenalan yang perlu dipakai pada setiap masa.

Anda kemudiannya akan menuju ke Timpohon Gate, titik permulaan perjalanan anda untuk menakluk Gunung Kinabalu. Bahagian pertama pendakian ini akan memakan masa sekitar 4-5 jam, bergantung kepada tahap kecergasan dan kelajuan anda.

Terdapat 6 tempat perlindungan di sepanjang jalan bagi anda untuk mengisi semula botol air anda dan berehat. Anda akan menikmati pemandangan hutan yang indah. Anda akan melihat tumbuh-tumbuhan yang indah yang berubah-rubah setiap kali anda semakin menuju kearah ketinggian yang berbeza. Anda Akan akan dapat melihat pokok Oak dan Chestnut, tumbuhan berlumut dan pokok alpine.

03:30: Kita  akan tiba di Laban Rata dan mendaftar rumah rehat pada waktu lewat petang.

07:00: Kita akan menikmati makan malam buffet di restoran Laban Rata dan tinggal semalaman di sana. (Makan tengah hari, Makan malam buffet)

Timpohon Trail peta

Peta Laluan Timpohon

Hari 2: LOW’S PEAK / TURUN DARI GUNUNG KINABALU / KOTA KINABALU

Perjalanan ke Gunung Kinabalu

Low’s Peak di Gunung Kinabalu

Pendaki yang berjaya ke puncak Gunung Kinabalu

Pemandangan matahari terbit di puncak Gunung Kinabalu

2am- Kita akan bangun awal untuk makan. Jangan lupa untuk membawa lampu suluh dan kamera. Kita akan menyambung perjalanan ke puncak Gunung Kinabalu. Pendakian ke Low’s Peak (4095.2m) agak mencabar dan akan menguji daya ketahanan diri dan keazaman anda,

3:00am- Perjalanan terakhir anda untuk menawan puncak Low’s Peak pada ketinggian 4095.2 meter. Anda sekarang telah berada di puncak Gunung Kinabalu yang merupakan puncak yang tertinggi di Asia Tenggara.

5:45am- Ini adalah masa untuk melihat pemandangan matahari terbit yang begitu indah sekali

7:00 am – Kita akan turun ke Laban Rata untuk sarapan pagi

10:00 am –Mendaftar keluar dan menuju ke Timpohon Gate untuk perjalanan balik ke Kinabalu Park Headquarters. Kita akan sampai sekitar pukul 1-3 petang. Pemandu gunung anda akan mendaftarkan bahawa anda telah tamat pendakian dengan pihak berkuasa taman. Anda akan diberikan sijil tamat pendakian.

Anda akan makan tengahari di Restoran Balsam di Taman Kinabalu. Kami akan membawa anda balik ke Kota Kinabalu. Perjalanan akan memakan masa selama 2 jam. Anda juga ada pilihan untuk pergi ke Taman Air Panas Poring untuk mandi air panas dan merehatkan otot anda yang lenguh (Minum malam awal, Sarapan dan Makan Tengahari)

NOTA PENTING: Semua pendaki digalakkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum memulakan pendakian gunung. Jika anda mengalami penyakit berikut, anda tidak digalakkan untuk mendaki: Kencing manis, hypertensi, penyakit jantung, anemia, ulser peptik, sawan babi, kegemukan, asma kronik, kekejangan otot, hepatitis atau apa penyakit yang boleh menghalang pendakian.

Maklumat di atas adalah dari pihak Sabah Park. KESIHATAN FIZIKAL ADALAH MUSTAHAK.

Harga untuk setiap orang : RM670.00 (Harga tawaran MATTA Fair habis dijual)

 Harga pendakian 2 hari 1 malam Gunung Kinabalu sehingga akhir 2012

Jenis penginapan
Bilangan orang (Harga setiap orang RM) 
Asrama 2-3 4-6 7-12 13-ke atas
Warga Malaysia 850.00 760.00 740.00 720.00
Warga asing 1050.00 960.00 940.00 920.00

Harga tambahan untuk pendakian melalui Mesilau: RM90

Pakej termasuk:

Makanan (1 Sarapan, 2 Makan tengahari, 1 Makan Malam & 1 Minum Malam), 1 Malam di Rumah Rehat Laban Rata atau rumah rehat yang serupa (asrama tanpa alat pemanas), Yuran Masuk, Tambang pergi-balik ke hotel (Tempat duduk di bas), Tambang Pergi balik (Park HQ – Timpohon Gate – Park HQ), Pemandu Gunung, Insurans Pendakian dan Permit Mendaki.

Tidak termasuk: Tiket udara, Sijil, Tip & Yuran Pembawa barang , Minuman alkohol, Benda yang tidak tersenarai, Waktu lebih masa pemandu gunung bermula dari 1800 sewaktu pendakian

Sila hantar emel kepada kami untuk tempahan: cutiborneo@yahoo.com

hp: + 60 16 4123 304

 

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


+ six = 11